BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 20 Mac 2011

Meneutralkan Getaran Negatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya berkata tentang meneutralkan getaran mood negatif yang terbit di fikiran Anda. Minda dan tubuh badan kita hanya mengeluarkan 2 jenis getaran gelombang, iaitu positif dan negatif.

Seandainya Anda sedar yang Anda sedang dalam emosi negatif dan memikirkan yang negatif, Anda boleh meneutralkan mood negatif tu dengan menukar perkataan dan pemikiran Anda kepada yang lebih positif, yang baik-baik dan yang energetik. Itu saja caranya.

Kita hanya boleh mengeluarkan satu jenis gelombang pada satu-satu masa. Setiap perkataan memberi getaran gelombang yang berlainan di fikiran.

Jadi, untuk menerbitkan getaran mood positif bagi meneutralkan gelombang negatif yang bersarang pada diri Anda, gunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan :


Keseronokan
Cinta
Kasih sayang
Bersemangat
Bangga
Selesa
Yakin
Saya yakin bila Anda selalu gunakan mana-mana ayat dan perkataan yang tergolong dalam 7 kategori di atas, ia membuatkan Anda ceria, gembira dan bebas dari tekanan.

Kita adalah apa yang kita fikirkan, jadi jangan sesekali membenarkan fikiran Anda diracuni yang negatif kerana ia akan menarik fikiran-fikiran orang lain yang negatif lalu menyebabkan Anda berada di dalam situasi negatif, berjumpa orang-orang yang negatif dan bertemu dengan benda-benda negatif tanpa disengajakan, kebetulan serta tiba-tiba.

Law Of Attraction tak pernah ingat getaran mood yang Anda hantar 5 minit yang lalu, 2 jam yang lalu, malam tadi dan kelmarin. Ia hanya respon pada mood Anda SEKARANG, di waktu Anda sedang membaca tulisan saya ini.

Walauapapun jenis mood Anda, cuba kawal dan awasi setiap apa yang bermain di fikiran Anda.
Tukar ayat-ayat negatif kepada ayat-ayat yang positif. Bila Anda tak puas hati pada sesuatu, tertekan sebab sesuatu atau marah pada sesuatu, itu sebenarnya adalah getaran mood negatif.

Anda boleh menukarnya dengan tanya diri dengan ayat "jadi, apa yang aku mahu?". Mood Anda akan menjadi lebih positif selepas itu, tekanan terasa kurang dan Anda boleh menjadi ceria sedikit demi sedikit.

Kesannya, ia menimbulkan perubahan pada Anda.

Moga tips ini bermanfaat.

0 ulasan: