BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 14 April 2011

kesan apabila kita tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Jumaat, 8 April 2011

Renungan BersaMA

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.


--------------------------------------------------------------------------------

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!

Khamis, 24 Mac 2011

Cerita Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. anda semua apa kabar?

Kali ini saya berkata tentang cerita cinta. Saya telah ditanya apakah cara yang boleh digunakan untuk menarik cinta datang kepada kita. Saya kongsikan beberapa pendapat saya untuk menarik cinta datang pada Anda.

1. Jujur, Tulus Dan Ikhlas bercinta

Perlu tahu apa niat sebenar Anda mencari cinta, adakah untuk suka-suka atau untuk mahu bahagia? Anda perlu jujur dengan diri sendiri, kerana kuasa niat akan menentukan hala tuju Anda. Tapi, lebih baik kiranya Anda ikhlas bercinta semata-mata mahu mengejar kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan.



"Life' s Greatest Gift Is Love
And Life's Greatest Joy Is Sharing It"


2. Berkawan Terlebih Dahulu

Di peringkat peringat awal Anda mengenali si dia, katakan pada diri sendiri Anda mahu kenali dia dan berkawan dengannya dulu. Bina perhubungan dan buat dia sentiasa gembira bila bersama dengan Anda dan tiap kali teringatkan Anda.

Cinta akan mula berputik bila keserasian dah timbul. Pendek kata, cinta akan datang dengan sendirinya juga nanti, jangan tergesa-gesa dan jangan terus menyatakan cinta di awal perhubungan. Tunggu 'timing' yang sesuai.

3. Jadikan Dia Seronok Mendampingi Anda.
Buat apa saja cara yang halal untuk menjadikan si dia gembira tiap kali berjumpa dengan Anda. Kongsikan cerita-cerita lucu, jenaka dan kisah-kisah lalu yang boleh membuat dia ketawa.

Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik dan tegur bila dia meminta pendapat Anda, jangan jadi pengkritik tetap dan jangan pentingkan diri sendiri. Selain itu, bersedia tiap masa jika si dia perlukan Anda untuk meminta nasihat, pendapat dan berkongsi kegembiraannya.

Orang suka berdamping dengan seseorang yang memahami mereka dan yang suka memberi semangat pada mereka. Dengan itu, Anda akan melahirkan magnet diri yang membuat dia tak senang duduk dan sentiasa teringat Anda.

4. Berikan Cinta Untuk Menarik Cinta
Cinta bukan untuk kekasih hati saja, ia juga untuk kesemua orang disekeliling Anda, kawan-kawan baik, adik beradik, ibu bapa dan ahli keluarga lain. Berikan cinta pada ksesiapa sahaja, semua benda dan makhluk kerana bila Anda berbuat begitu, minda separa sedar akan menarik lebih banyak cinta datang pada Anda dan takkan pernah habis!

5. Fokus
Kalau Anda masih malu untuk menyatakan hasrat hati Anda, beranikan diri. Ikhtiar dari dalam dan dari luar. Berdoa dan berusaha step by step.

Fokus wajah si dia dalam fikiran Anda dan bayangkan yang Anda melihat diri Anda tertawa bersama, jalan bersama dan gembira bersama dengannya, walaupun sekarang belum lagi. Bayangkan sekerap yang mungkin dan hadirkan rasa sayang seolah-olah dia ada di sebelah Anda sekarang ini. Hadirkan rasa bahagia dalam diri Anda.

Bayangkan wajahnya seolah-olah Anda melihatnya dari dekat, keningnya, anak matanya, bibirnya dan senyumannya! Dalam masa yang sama, tanpa disedari Anda menghantar gelombang minda padanya, lama-lama kelamaan, ini menarik dia dan cintanya datang pada Anda.

Ingat, minda separa sedar bertindak mengikut Law Of Attraction, maksudnya, minda separa sedar akan respon pada apa saja yang ada di dalam fikiran Anda. Ia sensitif pada fikiran dan sukma rasa di dalam hati serta akan menarik apa jua yang Anda fikirkan datang pada Anda.

Jadi, untuk menarik cinta, lahirkan rasa cinta, bahagia dan rasa ambil berat dan tujukan pada orang yang Anda cintai sebanyak yang mungkin. To attract love, you need to think about love and feel the love.



Ahad, 20 Mac 2011

Meneutralkan Getaran Negatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya berkata tentang meneutralkan getaran mood negatif yang terbit di fikiran Anda. Minda dan tubuh badan kita hanya mengeluarkan 2 jenis getaran gelombang, iaitu positif dan negatif.

Seandainya Anda sedar yang Anda sedang dalam emosi negatif dan memikirkan yang negatif, Anda boleh meneutralkan mood negatif tu dengan menukar perkataan dan pemikiran Anda kepada yang lebih positif, yang baik-baik dan yang energetik. Itu saja caranya.

Kita hanya boleh mengeluarkan satu jenis gelombang pada satu-satu masa. Setiap perkataan memberi getaran gelombang yang berlainan di fikiran.

Jadi, untuk menerbitkan getaran mood positif bagi meneutralkan gelombang negatif yang bersarang pada diri Anda, gunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan :


Keseronokan
Cinta
Kasih sayang
Bersemangat
Bangga
Selesa
Yakin
Saya yakin bila Anda selalu gunakan mana-mana ayat dan perkataan yang tergolong dalam 7 kategori di atas, ia membuatkan Anda ceria, gembira dan bebas dari tekanan.

Kita adalah apa yang kita fikirkan, jadi jangan sesekali membenarkan fikiran Anda diracuni yang negatif kerana ia akan menarik fikiran-fikiran orang lain yang negatif lalu menyebabkan Anda berada di dalam situasi negatif, berjumpa orang-orang yang negatif dan bertemu dengan benda-benda negatif tanpa disengajakan, kebetulan serta tiba-tiba.

Law Of Attraction tak pernah ingat getaran mood yang Anda hantar 5 minit yang lalu, 2 jam yang lalu, malam tadi dan kelmarin. Ia hanya respon pada mood Anda SEKARANG, di waktu Anda sedang membaca tulisan saya ini.

Walauapapun jenis mood Anda, cuba kawal dan awasi setiap apa yang bermain di fikiran Anda.
Tukar ayat-ayat negatif kepada ayat-ayat yang positif. Bila Anda tak puas hati pada sesuatu, tertekan sebab sesuatu atau marah pada sesuatu, itu sebenarnya adalah getaran mood negatif.

Anda boleh menukarnya dengan tanya diri dengan ayat "jadi, apa yang aku mahu?". Mood Anda akan menjadi lebih positif selepas itu, tekanan terasa kurang dan Anda boleh menjadi ceria sedikit demi sedikit.

Kesannya, ia menimbulkan perubahan pada Anda.

Moga tips ini bermanfaat.